Home Fakta Menarik

Cara Elak Jadi Mangsa Scam Bank

Semua perkara berkaitan transaksi perbankan kini sudah menjadi digital dan dalam masa yang sama juga makin banyak kisah-kisah penjenayah yang bijak memanfaatkan kemahiran komputer mereka untuk menipu. Kebanyakkannya sudah menjadi mangsa scammer-scammer ini yang telah menggunakan pelbagai taktik dan kaedah yang licik bagi mengaburi mata pemilik-pemilik akaun agar wang hasil titik peluk mereka dapat dilesapkan.

Tetapi sudah malang sekali, susah banyak panduan dan nasihat yang dikeluarkan bagi memupuk kesedaran orang ramai mengenai kes-kes scam yang telah berlaku.

Berikut adalah cara untuk elak menjadi mangsa Scam Bank:

1. Rujuk bank sebelum buat apa-apa

Nasihat ini adalah paling utama dan penting untuk semua orang faham. Jika mendapat e-mel mengenai transaksi bayaran atau mendapat panggilan daripada mana-mana pihak bank, pastikan kesahihan pihak tersebut dahulu sebelum berbuat apa-apa tindakan dan mendedahkan data-data peribadi anda.

2. Jangan klik pautan atau pasang apa-apa aplikasi tanpa sebab

Sama ada menggunakan telefon bimbit mahupun komputer riba, kerja-kerja scammer biasanya akan bermula dengan satu cara iaitu anda perlu menekan satu pautan yang memuat turun sesuatu aplikasi untuk dipasang ke peranti anda.

3. Periksa pautan dan alamat e-mel setiap kali anda mahu melakukan urusan bank

Disebabkan oleh kebanyakkan aplikasi sekarang yang boleh terus berhubung dengan sistem perbankan, scammer juga semakin kreatif mencipta “laman-laman web” mirip dengan laman web perbankan yang asal.

PERHATIAN: Pihak Negaraku Tercinta tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here