Home Fakta Menarik

Cara Umat Islam Berpuasa Di Kawasan Tanpa Waktu Malam

Setiap kali tiba bulan Ramadhan, masyarakat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah puasa selama sebulan. Ibadah yang dianggap wajib atau ‘compulsory’ ini memerlukan seseorang muslim menahan diri dari makan dan minum ketika terbitnya fajar matahari sehinggalah terbenamnya semula matahari.

Dalam erti kata lain, pergerakan bumi dan kedudukan matahari yang mewujudkan pergerakan siang dan malam menjadi penentu tempoh berpuasa di semua lokasi bumi.

Bagaimana pula agaknya sekiranya ada di kalangan masyarakat Islam menetap di kawasan yang mataharinya langsung tidak terbenam dan menjadikan sepanjang hari mereka mengalami waktu siang?

Takkanlah mereka kena berpuasa 24 jam tanpa henti? Ini penjelasannya.

Pengalaman duduk di kawasan tiada malam.

Berikutan paksi bumi yang sedikit condong serta pergerakan orbitnya mengelilingi matahari akan berlaku satu fenomena aneh (bagi kita) yang didefinisikan sebagai ‘matahari malam’ atau midnight sun.

Fenomena unik ini pula boleh berlaku untuk satu tempoh panjang di setengah kawasan tertentu, menyebabkan lokasi tersebut menerima cahaya matahari melebihi 24 jam setiap hari, kadangkala kekal sedemikian berbulan lamanya.

Dua lokasi utama paling ekstrim mengalami fenomena ini ialah Bulatan Artik yang terletak di kutub utara dan Bulatan Antartika yang terletak di Kutub Selatan.

Baca juga: Kenapa Jururawat Di Malaysia Dipanggil ‘Misi’?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here