Home Sukan

Demi Guinness World Records, Lelaki Ini Sanggup Berendam Dalam Ais Selama 3 Jam

11
0

Guinness World Record merupakan anugerah untuk individu/sesuatu yang berjaya membuat rekod terbaik untuk sesuatu perkara.

Contohnya, bangunan tertinggi dunia, lelaki tertinggi, larian terlaju dan banyak lagi.

Seorang lelaki sanggup berendam dalam ais lebih tiga jam untuk pecahkan rekod dunia. Seorang lelaki Poland memecahkan Guinness World Records dengan menenggelamkan badannya di dalam ais selama 3 jam 28 minit di Lithuania.

Misinya adalah untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Romain Vandendorpe dari Perancis selama 2 jam 35 minit dan 33 saat. Valerjan Romanovski memasuki tangki kaca dipenuhi ais. Dia berjaya memenangi anugerah tersebut setelah berjaya membuat rekod selama  3 jam 28 minit

“Saya melakukan banyak latihan sebelum memutuskan untuk mencapai rekod ini,’’ jelasnya.

Romanovski sebelum ini memecahkan rekod dunia untuk jarak terjauh berbasikal secara ‘off-road’ dengan catatan masa 12 jam dan jarak perjalanan 314.64 kilometer.

“Latihan tidak sukar bagi saya. Badan saya bersedia untuk itu. Saya sukakan cabaran baharu. Saya gunakan pengetahuan paramedik, saintifik dan perubatan,’’ kata Romanovski.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here