Home Politik

Dilepaskan Daripada 9 Pertuduhan Rasuah, Bekas Pengerusi FELDA Isa Samad Kini Bebas

410
0

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, telah dibebaskan dan dilepaskan dari sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta yang berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak, oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan itu diumumkan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan keputusan bahawa Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah sejumlah RM3 juta yang berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Tingkat 49, Menara Felda di Persiaran KLCC antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah hukuman penjara keseluruhan sebanyak 54 tahun, serta denda sebanyak RM15.45 juta atau dipenjara selama 18 tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya dikehendaki menjalani hukuman penjara selama enam tahun setelah mahkamah memerintahkan agar semua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak.

Lihat Klip Video di Bawah:

Sumber: X

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here