Home Fakta Menarik

Kenapa Jururawat Di Malaysia Dipanggil ‘Misi’?

31
0

Kenapa Jururawat Di Malaysia Dipanggil ‘Misi’? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan..Hampir semua golongan tua dan muda memanggil insan yang membantu kita di hospital dengan gelaran ‘Misi’

Sebenarnya ia bermula di era penjajahan British. Ia berpunca daripada pesakit yang memanggil jururawat muda dengan gelaran ‘Miss’. Dicampur aduk dengan slang orang kita terutamanya bangsa cina, ia berubah menjadi ‘Missy’ atau ‘Missi’ dan ia kekal digunakan hingga sekarang.

Selain jururawat atau misi, ada juga jawatan lain di hospital iaitu Matron atau sister yang merupakan jururawat berpangkat senior dan memegang tanggungjawab menguruskan jururawat lain. Nama asal sister sebenarnya daripada gereja. Tapi disebabkan sejak dahulu gereja menawarkan khidmat rawatan, nama sister itu dikekalkan kepada jururawat senior hinggalah sekarang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here