Gempar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berkenaan laungan rakyat yang begitu semangat buat pemimpin yang dihormati. Laungan yang dilaung dikatakan berkenaan parti yang memerintah telah menzalimi rakyat dengan menaikkan harga barang dan membuatkan rakyat mula hidup susah.
“Baru pegang berapa bulan dah macam ni jadinya malaysia. Rakyat makin tenat, susah nak hidup..”
Menurut yang dikhabarkan, parti tersebut sudah memegang kerajaan untuk beberapa bulan namun rakyat kini semakin tenat dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup semakin tinggi dan hal ini tidak ada jalan penyelesaian dari pihak kerajaan. Rakyat yang berkumpul dengan laungan ‘tolak kezaliman’ itu raih 1.5 juta tontonan di laman sosial.
Rakaman ini membuatkan ramai mula memenuhi ruangan komen dengan pelbagai komen dan memberi pelbagai koemn berkenaan kesusahan yang dialami dan menyebabkan mereka sanggup bertahan lapar kerana kenaikan harga barang pada kali ini sudah melampau. Semoga pihak kerajaan dapat membantu rakyat dengan inisiatif yang berkesan untuk masaa yang akan datang..
Baca ini:“Macam Takde Akal..”- Rakaman Van Potong Line Nyaris Langgar Penunggang Motosikal
Baca ini: “Kerabat Paling Humble..”- Agong Penuhkan Permintaan Rakyat Sarawak, Ingin Bersalam Dengan Tengku Ahmad
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen seperti :
@NormaNizam hamzah: rindunye zaman najib..mase tu macam2 bantuan family dpat..barang makan pon harga masih murah
@Mohd Erry: undi PN .tolak ph … terbaik abah
@Rahma: tolak PH.
kami rakyat jadi susah . semua barang asas naik.
@AennAlieya: pn trbaikkk, smoga allah bri blsan pd org yg zalim tolak ph…. tolak pmx
@zuezue: Sape pun yg jadi PM.. Pikir lah pasal Rakyat dahulu.. Harga barang naik kesian lah pada Rakyat yg miskin
@birukuning197: abah akan menang nanti PN best terbaik Allah akan tolong kita semua ni
@Nuriz enterprise: Knpe air mata mengalir tgok rakyat berjuang utk keadilan rakyat
@Ehan Yusof: semua benda naik , kita yg gaji ciput ni cane , senang kata , yg kaya terus kaya & yg miskin terus miskin
@saodahmem: tolak PH tolak2 pemimpin yg pentingkn Dirisendiri dan gila kuasa
@boskuuuu: PH tidak ambik peduli masalah rakyat…. banyak muhong pada rakyat.. saya ulaangg
@Pemerhati Jalanan: Kesian pada rakyat hanya jadi permainan orang politik yg ada berkepentingan
@Nazura Fauzy Flp: nasib la rakyat…nak kena tunggu pru 16 la pulak , time ngundi ramai x keluar guna kuasa veto kat tgn sendiri itu yg payah
@Adams amir: tu laaa..masa pru hari tu pi pangkah pH..la terima laa..aku x menyesal sbb aku undi PN
@NURFAI ZIE: Sakit oii.. dlu beli brg dapur tiap2 mggu skrg kicap hbs beli 1 kicap, beras hbs beli beras.. ya allah meniaga pun xjalan kuasa membeli dh xde
@Puteri Tidur : baru pegang berapa bulan dah macam ni jadinya malaysia. Rakyat makin tenat, susah nak hidup
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram