Home Isu Semasa

Mayat reput dijumpai di Teluk Intan tanpa pengenalan diri

401
0

TELUK INTAN: Mayat reput dan tercemar ditemui terperangkap di sebatang kayu di Batu 3½ Jalan Maharajalela, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, mengesahkan penerimaan laporan dari orang awam pada jam 12.05 tengah hari.

“Siasatan awal polis mendapati, si mati ditemukan tersangkut di batang kayu yang melintang di anak sungai tanpa berpakaian dan tiada sebarang pengenalan diri pada mangsa…”

“Keadaan si mati sangat teruk dengan terdapat banyak bahagian tubuh yang dimakan oleh biawak dan bahagian muka si mati sudah tidak sempurna…”

“Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan dan hasil bedah siasat pada pagi semalam, mendapati punca kematian adalah disebabkan Unascertained (Decomposition)…”

Beliau menggesa individu yang kehilangan ahli keluarga untuk segera memberikan maklumat kepada balai polis berdekatan.

“Orang ramai juga menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6233969 bagi membantu siasatan…”

“Setakat ini kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR)…”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here