Home Viral

“Melayu tenggelam, tempat usang & makanan serba serbi kari” – Influencer Indonesia Review Buruk Malaysia

25517
0

Malaysia menjadi satu destinasi pelancongan yang diminati oleh pelancong asing. Tambahan pula, kelezatan hidangan dan minuman juga menarik minat mereka untuk melawat ke sini. Biasanya, respon yang diberikan sangat positif dan dapat membuat penduduk Malaysia tersenyum mendengar setiap pujian.

Namun, ulasan yang diberikan oleh seorang pengaruh dari Indonesia, yang dikenali sebagai USER ASB, nampaknya sukar diterima. Beliau melawat beberapa kawasan di Malaysia dan mengkritik kemudahan serta infrastruktur negara ini.

Di Melaka, dia mengatakan telah beberapa kali ke Melaka Sentral, namun tidak melihat adanya perubahan. Bahkan, dia menganggapnya sangat usang. Selain itu, beberapa tempat lain di Melaka juga menjadi sasaran kritikannya.

Ketika berada di Kuala Lumpur, dia terus-terusan menghina masyarakat Melayu dengan mengatakan mereka tenggelam kerana banyaknya warganegara Bangladesh. Selain itu, dia juga mengkritik stesen keretapi LRT yang dianggapnya sudah usang tetapi masih digunakan.

Selain itu, dia juga mengkritik makanan di Malaysia kerana tidak sesuai dengan selera beliau yang banyak menggunakan kari dalam masakan. Beliau berpendapat lebih baik melancong ke negara seperti Vietnam atau Thailand kerana suasana baru yang lebih menyeronokkan.

Di ruang komen, ramai menyatakan bahawa kritikan yang diberikan merupakan tindakan balas dari netizen Malaysia yang sebelum ini membuat ulasan tentang Jakarta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here