Home Isu Semasa

Menteri Ekstremis di I5ra3l mendesak untuk ‘menghapuskan’ bulan Ramadan

339
0

Di Tel Aviv, Menteri yang berhaluan kanan di Israel secara mengejutkan menyuarakan seruan untuk menghapuskan bulan Ramadan ketika ketegangan semakin meningkat di Tebing Barat di tengah-tengah keadaan Perang Gaza yang tiada kesudahan.

Kenyataan provokatif ini dikeluarkan oleh Menteri Kebudayaan, Amichai Eliyahu, semasa sesi wawancara bersama Army Radio menjelang kedatangan bulan suci tersebut pada minggu depan.

“Ketakutan kita terhadap bulan ini juga perlu dihapuskan sama sekali. Potensi konflik semakin meningkat ketika Ramadan wajar diabaikan pemerintah…”

Diketahui, Eliyahu adalah anggota parti ekstremis Otzma Yehudit yang dikenali sebagai fasis dan anti-Arab, di bawah pimpinan Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir.

Pada November lalu, dia telah membuat kenyataan kontroversial dengan mencadangkan penggunaan senjata nuklear sebagai pilihan untuk tentera Israel semasa konflik di Gaza, dan dengan tegas menyatakan bahawa wilayah terkepung tersebut tidak mempunyai hak untuk wujud.

Majlis Hubungan Muslim-Amerika (CAIR) telah mengutuk kenyataan Eliyahu dan meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Sekali lagi, ahli politik Israel membuat kenyataan genosid seperti itu dan pentadbiran Biden hanya berdiam diri. Cukuplah dengan kata-kata tak masuk akal seperti ini…”

Bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memerintahkan pengawasan ketat ke atas akses penduduk Palestin ke Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan, yang telah menimbulkan kebimbangan dan protes daripada pelbagai pihak. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here