Home Uncategorized

Romeo India, Kahwin Lebih 27 Kali. Siap Bolot Harta Isteri-Isteri

28
0

Romeo India kahwin 27 kali dalam tempoh 43 tahun, bolot harta isteri.

Di Malaysia banyak kes-kes artis yang berpoligami. Yang terbaru, abang Tesla buat ramai panas hati kerana membuat konten memberitahu yang dia sudah berkahwin dua.

Tahukah anda, ada seorang lelaki India telah ditangkap kerana didakwa mengahwini sekurang-kurangnya 27 wanita berada dalam tempoh 43 tahun dengan tujuan untuk membolot harta mangsa.

Ramesh Chandra Swain, 66, dari negeri Odisha, di timur India, dituduh menipu berpuluh-puluh wanita untuk mengahwini mereka dengan menyamar sebagai doktor yang berjaya atau pegawai kanan Kementerian Kesihatan India.

Ramesh yang hanya mempunyai pendidikan Kelas 10, menggunakan dokumen pengenalan diri palsu untuk meyakinkan mangsanya sebelum membolot sejumlah wang dan aset penting daripada mereka.

Yang peliknya, bertapa hebatnya dia menipu kerana rata-rata wanita yang dikahwininya adalah berpendidikan tinggi, malah terdiri daripada doktor dan akauntan hinggalah peguam Mahkamah Agung.

Dia dipercayai telah menipu hampir 90 wanita lain, namun hanya sebilangan kecil daripada mereka bersetuju menjadi sebahagian daripada siasatan rasmi.

Kebiasaannya penipu sebegini akan menyasarkan wanita bujang, kesepian. Hal ini kerana mereka lebih mudah untuk termakan janji-janji palsu. Mereka juga akan meyakinkan mereka untuk memindahkan sejumlah wang dan aset penting ke atas namanya sebelum meninggalkan mereka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here