Bukan manusia sahaja makhluk Allah di muka bumi ini. Kita janganlah bongkak dan semberono membuat apa-apa sahaja kepada makhluk lain kerana mereka juga punya hati dan perasaan.
‘Kambing aku jadi mangsa, tak puas hati mari jumpa depan-depan’
Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menulis perkataan babi pada badan seekor kambing menggunakan penyembur berwarna merah menimbulkan kemarahan kepada pemiliknya sehingga perkongsian itu tular di media sosial.
Seorang lelaki yang mendakwa pemilik kepada kambing tersebut meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Tak payah nak sembur kambing aku dengan pewarna macam ni, tak pasal-pasal kambing aku dah jadi haram,” ujarnya.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani yang memuat naik gambar kambing tersebut di laman Facebooknya