Home Viral

Tak Masuk Akal, Satu Cawan Ais Kosong RM1.90

Tidak masuk akal dan sangat mahal satu cup ais kosong RM1.90. Tidak masuk akal dan sangat mahal, tempat lain berapa puluh sen sahaja.

Itu antara luahan dan komen pengguna sosial apabila melihat sekeping gambar memaparkan harga secawan gelas plastik hanya di isi ais berharga RM1.90.

Difahamkan, harga ais tersebut dijual di sebuah kedai korea terkenal, bagaimanapun tidak dinyatakan dengan tepat lokasi kedai berkenaan.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh individu yang berkongsi kisah tersebut di kenali sebagai Shafiruz Zaini, gambar itu diambil ketika dia berkunjung ke kedai berkenaan sebelum ini.

“Duduk lepak-lepak di kedai ini. Satu freezer jenis berdiri penuh cawan isi ais ni. Nampak seorang akak ni beli cawan ais ni, tak pasti apa yang dituangnya.”

“Nasib baik (kedai terkenal). Kalau nama kedai runcit Pak Abu mesti kena bagi free (percuma) kalau tak kena kecam. Begitulah perangai netizen,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen yang mengecam tindakan pemilik kedai tersebut yang menjual ais kosong dengan harga yang sangat mahal serta tidak masuk akal.

PERHATIAN: Pihak Negaraku Tercinta tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleCara Umat Islam Berpuasa Di Kawasan Tanpa Waktu Malam
Next articleSebab Wang Pendapatan Disebut Sebagai “Gaji”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here