Home Isu Semasa

Tiada Lagi Pegawai JPJ Dalam Kenderaan Kenderaan Ketika Ujian Memandu

367
0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan memperkenalkan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting) mulai bulan April ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa pelaksanaan sistem tersebut akan membolehkan calon menjalani ujian tanpa pengawasan pegawai JPJ di dalam kenderaan. Prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera.

“Keputusan akan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian…”

Pembangunan sistem eTesting diumumkan pada tahun 2022, dan sejak itu JPJ telah memulakan ujian sistem tersebut dalam projek fasa perintis di beberapa institut memandu.

Loke berkata, pada masa ini, calon-calon ujian memandu diberi pilihan sama ada untuk menjalani ujian biasa atau eTesting sebelum pelaksanaan sepenuhnya pada tahun 2030.

Loke menjelaskan bahawa walaupun institut memandu dibenarkan untuk mengenakan caj maksimum RM100, calon yang memilih untuk menggunakan pengujian secara eTesting akan mendapat beberapa faedah. Ini termasuk kebenaran untuk membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari yang sama tanpa tambahan kos.

Bagi ujian ulangan, calon hanya perlu mengambil bahagian yang gagal tanpa perlu mengulangi seluruh bahagian ujian Bahagian II seperti dalam pelaksanaan ujian secara manual. Selain itu, mereka akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian dan mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan.

Pelaksanaan sistem eTesting membolehkan lebih banyak calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada atau manual, serta meningkatkan integriti sistem ujian memandu dan pengeluaran lesen memandu. Ia juga memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here