Home Tips Dan Petua

Tidur Sambil Biarkan TV Terpasang Boleh Memudaratkan Kesihatan Anda..

12
0

Ramai di antara kita yang memilih untuk tidur sambil biarkan televisyen mereka terpasang. Hal ini kerana mereka merasakan ia dapat membantu mereka hilang rasa cemas dan takut dsn juga mempercepatkan mata terlelap.

Tidur dengan televisyen terpasang umumnya adalah perkara biasa dan normal. Tetapi adakah perbuatan itu selamat termasuk dari segi kesihatan?

Pakar menyatakan, perbuatan itu bukan idea yang baik kerana seseorang akan terpapar kepada cahaya biru dari televisyen yang meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan sebagainya.

1. Menurunkan penghasilan melatonin

Melatonin merupakan hormon yang membantu seseorang tidur. Hormon ini yang memberi signal kepada tubuh untuk berehat dan tidur.

Televisyen dapat mengurangkan penghasilan melatonin dan mengganggu otak untuk mengetahui sama ada seseorang itu sudah bersedia untuk tidur ataupun sebaliknya.

2. Merangsang otak

Penyelidik mengatakan menonton atau mendengar suara dari televisyen membuatkan banyak stimulasi berlaku kepada otak. Ketika televisyen dipasang, otak akan tetap menerima rangsangan yang membuatkan ia tetap aktif.

3. Risiko obesiti

Sebuah kajian pada 2019 mendapati tidur dengan cahaya buatan seperti yang berasal dari televisyen dikaitkan dengan peningkatan berat badan.

Kajian ini mendapati bahawa risiko ini disebabkan penurunan kuantiti dan kualiti tidur seseorang sehingga memberi kesan kepada berat badan mereka.

4. Masalah kesihatan lain

Selain obesiti, tabiat itu juga boleh meningkatkan risiko kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Jadi kepada anda yang sudah terbiasa berbuat sedemikian. Boleh lah perlahan-lahan buang tabiat ini kerana ia sememangnya tidak baik untuk kesihatan anda..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here