Home Tips Dan Petua

Tips untuk minda anak yang bijak, ramai tak tahu perlu lakukan ini

Jika mahu anak bijak pandai, elakkan buat perkara ini.. Ada beza garang, tengking, marah, tegas.

Anak ni, kalau kau nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok kau kena amal buat. Iaitu elakkan TENGKING anak.

Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Orang tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dalam diri. Tiada kaitan dengan emosi.
Ada orang yang pendiam tapi tegas. Ada orang penakut tapi tegas. Namun tegas sinonim dengan berani.

Sebab ramai orang keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Orang tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.

Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Orang garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi orang tahu personaliti dia garang. Biasanya orang garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu daripada orang lain. Contohnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dengan sifat garang.

Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sebab ada orang suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dengan emosi merajuk.

Panas baran sebenarnya orang yang suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sebab ada orang dia suka diam bila marah.

Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yang kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya orang panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking.

Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yang dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan untuk berfikir dan bertindak serta sukar membuat. Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pada anak2.

Kunci didikan anak ada pada bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yang Allah redha untuk ke syurga semasa hayatnya. Orang yang rapat dengan nabi saw. Orang yang awal memeluk islam diusia muda. Orang yang memimpin umat Islam dikala suasana perit

Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk orang yang setia dan paling rapat dengan nabi saw. Orang paling hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.

Saidina ali ra pesan

” Didik anak 7 tahun pertama sebagai raja ”

Macam mana kau layan raja? Ada ko tengking raja?

Sebab otak manusia yang bergerak dulu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yang penuh dengan emosi. Sebab tu orang yang menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dengan kuat.

PERHATIAN: Pihak Negaraku Tercinta tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here